Khamis, 28 Disember 2017

Maximus bertanding DUN Tambunan


KOTA KINABALU : Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Panglima dd3Dr Maximus Ongkili, membayangkan hasratnya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya sudah tiga penggal di Parlimen, jadi kalau dapat saya mahu bertanding di kerusi DUN dan kemungkinan di Tambunan,” katanya kepada pemberita selepas sidang media pelarasan tarif elektrik bagi Semenanjung, Sabah dan Labuan, di sini, hari ini.
Ketika ditanya lebih lanjut berkaitan hasrat itu, beliau bagaimanapun enggan memberikan kepastian, sebaliknya berkata ia perlu dibincangkan lebih lanjut dengan kepemimpinan parti termasuk Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, selaku penyandang DUN Tambunan.
Maximus yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, berkata walaupun Pairin sudah menyatakan hasratnya sebanyak 99 peratus untuk tidak bertanding pada pilihan raya akan datang, masih ada baki satu peratus untuk beliau mengubah fikiran.
Semalam, Pairin yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Krismas PBS, berkata beliau akan menggunakan baki satu peratus itu untuk mendengar nasihat kepemimpinan parti berhubung pemilihan calon PBS untuk PRU-14.
Ditanya kerusi yang akan ditandinginya jika terus kekal di Parlimen, Maximus enggan memberikan kepastian sama ada terus kekal di Kota Marudu atau berpindah ke kerusi lain, termasuk Keningau yang ketika ini turut disandang Pairin.
Maximus mengambil alih tugas memimpin parti selaku Pemangku Presiden sejak Januari lalu, selepas Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mengumumkan hanya mahu menumpukan tugas sebagai menteri dalam Kabinet negeri, sehingga penggal pilihan raya sekarang berakhir.
Sebelum itu, iaitu pada November tahun lalu, Pairin yang memimpin PBS sejak 1985 mengumumkan hasratnya untuk bersara daripada politik dan menyatakan beliau mahu menghabiskan masa bersama cucu serta menyiapkan bukunya. – BH ONLINE

Jumaat, 1 Disember 2017

Kerjasama Kukuh Parti Komponen Kunci Rampas Semula DUN Inanam

LUKIN TELIBAN
Presiden Kelab Penyokong Barisan Nasional Sepanggar
KOTA KINABALU, 30 Nov (Bernama) -- Kerjasama yang kukuh dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) merupakan kunci utama menentukan kejayaan BN merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Presiden Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Sepanggar Lukin Teliban berkata semua parti komponen BN di kawasan itu yang terletak dalam Parlimen Sepanggar, perlu bergerak sebagai satu pasukan bagi merealisasikan misi tersebut.
"Saya lihat dalam PRU ke-14 akan datang, BN ada peluang cerah untuk merampas semula kerusi DUN Inanam. Apa yang penting gerakan meraih sokongan pengundi perlu dilakukan secara bersama melibatkan kesemua parti komponen BN, tanpa mengira siapa pun calon yang dipilih bertanding.
"Kerjasama secara bersepadu ini penting bagi memastikan kemenangan calon BN yang akan bertanding di DUN Inanam," katanya kepada Bernama.
Kerusi DUN Inanam yang sebelum ini merupakan kubu kuat BN, terlepas ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum yang lepas apabila dimenangi Dr Roland Chia daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 3,202 undi.
Mengenai persediaan menghadapi PRU14, Lukin berkata semua parti komponen BN di Parlimen Sepanggar mempunyai peranan serta tanggungjawab bagi memastikan kejayaan BN.
"Jika jentera pilihan raya digerakkan bersama oleh semua komponen BN, ia pastinya akan memberi impak besar dan menyeluruh terhadap kejayaan BN. Kita perlu komited dalam menjayakan agenda menawan DUN Inanam.
"Untuk memenangi kawasan Inanam, kita tak boleh bergerak secara bersendirian atau individu. Bukan sesuatu yang mudah tetapi tidak mustahil bagi BN untuk melakukan kejutan jika semua parti komponen BN bersatu hati," katanya.
Selain PKR, BN dijangka berdepan beberapa calon daripada parti pembangkang termasuk Parti Warisan Sabah, Parti Cinta Sabah dan Parti Maju Sabah yang akan bertanding pada PRU-14 akan datang.
Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin dan penyokong BN di kawasan berkenaan supaya bersatu dan meletakkan kepentingan parti sebagai perjuangan.
"Berdiri atas tiket BN bukan jaminan calon menang pilihan raya dengan mudah. Parti komponen BN perlu kukuhkan perpaduan dan elak daripada sebarang konflik dalaman," katanya.
Mengenai punca kekalahan calon BN DUN Inanam pada pilihan raya lepas, Lukin yang juga Pegawai Pembangunan Masyarakat Inanam berkata terdapat beberapa faktor yang dipercayai menyumbang kepada kekalahan itu.
Katanya ini termasuk calon yang bertanding dipilih dan diumumkan pada saat akhir menyebabkan perpecahan sokongan.
"Ada penyokong yang tidak puas hati dan seterusnya mengalihkan sokongan kepada parti pembangkang.
""Itulah punca yang menyebabkan perpecahan undi khususnya daripada anggota PBS. Saya yakin PBS boleh menang semula di Inanam jika semua pihak bersatu dan mengutamakan kepentingan perjuangan parti," katanya.
Mengenai calon BN pada PRU akan datang, Lukin berkata terserah kepada pucuk pimpinan BN untuk menentukannya.
"Perkara ini biarlah pucuk pimpinan yang menentukan, tetapi jika boleh biarlah anak tempatan dan mereka yang diterima rakyat...seterusnya mengembalikan kerusi DUN Inanam kepada PBS dan BN," katanya.
-- BERNAMA

Khamis, 3 Ogos 2017

PIAWAIAN BARU CERMIN GELAP KENDERAAN MULAI 2018

Tambah kapsyen
PUTRAJAYA : Bermula tahun depan, piawaian filem penghadang haba atau ‘cermin gelap’ akan diselaraskan menerusi satu mekanisme baharu bagi memastikan filem penghadang haba berkenaan mematuhi Standard Malaysia MS2669, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata Mekanisme Penyelarasan Piawaian Filem Penghadang Haba Kenderaan Bermotor itu mampu menyelesaikan isu penguatkuasaan terhadap kenderaan awam berikutan penggunaan peralatan ujian yang berbeza oleh syarikat aksesori kenderaan dan pihak berkuasa. Beliau menambah, mekanisme itu juga dapat memastikan filem yang dipasang oleh kedai aksesori kenderaan mematuhi standard ditetapkan sekali gus mengelakkan pengguna tertipu dengan produk tiruan.“Saya yakin pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan lanjut seperti meminda mana-mana peraturan atau kaedah yang berkenaan bagi memastikan pelaksanakan penggunaan filem yang menepati piawaian MS2669 dapat berjalan dengan lancar,” katanya semasa melancarkan mekanisme itu, di sini.

Mekanisme itu dibangunkan oleh Pertubuhan Penjual Auto Audio, Aksesori dan Hawa Dingin Malaysia (AAA) dengan kerjasama JPJ, Jabatan Standard Malaysia, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Persatuan Automotif Malaysia.Selaras dengan penggunaan mekanisme itu, Tiong Lai berkata pengusaha industri sama ada pembekal atau peruncit akan menggunakan label keselamatan kod QR pada filem penghadang haba yang dipasang pada setiap cermin kenderaan. Melalui sistem itu, pengguna, pengusaha kedai aksesori dan pihak berkuasa boleh mengimbas kod QR bagi memeriksa sama ada filem yang dipasang memenuhi standard ditetapkan. "Kadang kala bukan pengguna sahaja tertipu, tetapi kedai aksesori juga ditipu oleh pembekal. Dengan sistem ini, semua peringkat boleh memeriksa filem itu asli atau tiruan,” katanya.

Sementara itu, Presiden AAA Cherrie Lim Bee Choo berkata kod QR tersebut boleh diimbas melalui aplikasi telefon mudah alih “TinTrac” yang boleh dimuat turun melalui Play Store dan App Store.
Beliau berkata kod QR itu akan digunakan bermula pertengahan November ini secara berperingkat-peringkat di semua kedai aksesori yang menjadi ahli AAA, iaitu lebih 90 peratus daripada keseluruhan kedai aksesori kenderaan di negara ini. “Hanya kedai aksesori ahli AAA yang akan mempunyai kod QR itu dan dengan mengimbas kod tersebut, semua maklumat seperti jenama filem dan material yang digunakan boleh diperolehi,” kata Bee Choo. Katanya mekanisme itu mampu memantau dan mengesan filem penghadang haba bermula dari peringkat pengimportan, pengedaran, pemasangan dan pengendalian kepuasan pengguna sehingga ke peringkat penguatkuasaan.

Mekanisme itu dibentuk susulan pengumuman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPJ berhubung operasi bersepadu secara besar-besaran yang dirancang dilancarkan pada 16 Jun 2014 lterhadap pemilik kenderaan yang menggunakan filem penghadang haba tidak menepati piawaian penembusan cahaya. Pengumuman itu menimbulkan pertikaian kerana peralatan ujian yang digunakan oleh pihak berkuasa berbeza dengan alat yang digunakan pengusaha kedai aksesori kenderaan.

Petikan : BERNAMA.

Sabtu, 6 Mei 2017

BIODATA PEMIMPIN.

Pemimpin berjiwa rakyat dengan prinsip " Berkhidmat Untuk Masyarakat dan Negara dengan Bersih, Cekap dan Amanah, telus dan berintegriti ". 

En Lukin Teliban@Lukhin Tiliban, Pegawai Kemajuan Masyarakat N.13 Inanam, Merangkap Presiden Kelab Penyokong Ahli Parlimen P.171 Sepanggar. Berumur 53 Tahun. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Diploma In Business Studies. Selain kelayakan akademik, beliau berpengalaman luas dalam pentadbiran politik dan kewangan.

Berpengalaman  Purchasing Officer di Sabah Golf Country Club (SGCC)10 Tahun, Ahli Lembaga Pengarah Pusat Usahawan Kreatif Sdn. Bhd, Pengurus Besar, Pengapuyan Construction (Syarikat sendiri).

BIDANG POLITIK

Pengalaman dalam Politik selama 19 Tahun hingga sekarang. Berikut penglibatan diri beliau dalam kepimpinan politik:-

Tahun 1998 - Pencadang Calon Parti Bersatu Sabah, (PBS) N. 12 Likas,  Dr Chong En Leong.

Tahun 1998 - Penyokong Calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Goh ( MP Gaya).

Tahun 2013 - Pencadang Calon dan Wakil Calon, Calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joseph P. Lantip.

JAWATAN-JAWATAN YANG DIPEGANG DALAM POLITIK.

Tahun 1998 hingga Tahun 2000 - Ketua Pemuda Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) N.12 Likas.

Pernah menjawat Exco Pemuda Pusat PBS.

Tahun 2000 hingga tahun 2002 - Setiausaha Bahagian PBRS N.12 Inanam.

Tahun 2002 hingga tahun 2013 - Bendahari Bahagian PBS N.13 Inanam.

JAWATAN DALAM NGO DAN AKTIVITI LAIN.

Tahun 2008 hingga tahun 2014 - Presiden Kontraktor Kelas F, Kota Kinabalu.

Tahun 2016 hingga sekarang - Presiden Persatuan Keluarga YAMAY Sabah (YMY).

Tahun 2016 hingga sekarang - Pengerusi Pusat Air Terjun Kg. Bongkud Manggatal.

Tahun 2003 hingga tahun 2015 - Timbalan Pengerusi KRT Pekan Manggatal.

Tahun 2012 hingga tahun 2015 - Setiausaha Persatuan Wira Sisang Injil Borneo (SIB) Sabah.

Tahun 2012 hingga tahun 2015 - Timbalan Ketua Penyelaras 11, Kadazan Dusun Culture Assocation (KDCA)Daerah Inanam.

SUKAN

Badminton dan golf merupakan sukan yang amat beliau minati.

Pengalaman yang luas beliau dalam pentadbiran politik dan kewangan dengan kombinasi akademik, beliau pasti dapat merealisasikan wawasan ke arah slogan "membandarkan luar bandar" yang pasti dihasratkan oleh setiap masyarakat di pedalaman.

Credit info by :

Mr. Punil Matidis.

Managing Director of ManagementTuiton Centre (PTPI), Putera Jaya, Kota Kinabalu.

YB Datuk Anita Baranting rasmi kaamatan KRT Kg. Radu.

KOTA MARUDU - Kerajaan tidak menghalang rakyat di negara ini merayakan perayaan kaum masing-masing. Malah kerajaan mengiktirafkan perayaan-perayaan tersebut dengan mengadakan cuti umum agar perayaan tersebut dapat di sambut oleh masyaraka. Seperti di Sabah, Pesta Kaamatan bukan saja di sambut oleh masyarakat Kadazan Dusun, malah turut di sambut oleh semua lapisan masyarakat. Pesta Kaamatan juga merupakan salah satu produk pelancongan. Dan ini salah satu pengiktirafan kerajaan kepada masyarakat Kadazan Dusun. Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, YB Datuk Anita Baranting berkata demikian sempena merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat KRT Kg. Radu baru-baru ini.

Beliau yang juga ADUN Tandek menyeru kepada ibu bapa  agar dapat memberikan pendidikan sepenuhnya kepada anak-anak, agar dapat mertabatkan serta menaik taraf kehidupan  keluarga khususnya dan  bangsa Dusun amnya, agar bangsa Dusun berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain. Dengan pendidikan juga kehidupan keluarga dapat diubah. Beliau mengucapkan tahniah kepada penduduk kampung Radu, kerana melahirkan ramai graduan yang berjaya sehingga ada yang telah berjaya menjawat jawatan bertaraf profesional, seperti pegawai, pengetua, guru besar dan profesion lainnya. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Persatuan Keluarga Kilas kerana memelihara khazanah peninggalan nenek moyang dengan alunan paluan gong tradisi suku kaum Dusun Pongopuyan. Beliau berharap persatuan ini memberi pendedahan kepada generasi muda, agar irama gong tradisi dapat di teruskan ke generasi akan datang. Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan berupa mesin rumput kepada Belia Kg. Radu, yang diwakili oleh Pengerusi Badan JKKK Radu Darat Johnny Ungganon.

Pada majlis itu, Jennifer Wong menjuarai Pertandingan Unduk Ngadau, manakala naib johan disandang oleh Christy Lee Mei Ling  dan Airin Saninthia Sanin ditempat yang ketiga. Pada acara Pertandingan Sugandoi, Berthilda Clement merangkul juara dan penerima anugerah vokal terbaik. Naib johan di sandang oleh Aldy Ekol dan Brandon Bijot di tempat yang ketiga. Penerima anugerah persembahan terbaik disandang





oleh Airin Saninthia Sanin.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut Ketua Kampung Radu KK Dasilin Kansulat, Pengerusi KRT James Kundapit, Timbalan Pengerusi KRT Wishlee Tiliban, Mantan Pengerusi KRT Morris Kundapit, Pengerusi JKKK Radu Darat Johnny Ungganon, Pengerusi JKKK Radu Laut Majunting Milundun, Ketua Cawangan UMNO Aem Karobong dan Timbalan Ketua Cawangan PBS Radu Pengkalan Yamit Kundahal.

Dusunology 2021

“Kinabalu” : Penempatan Dusun kuno yang kini menjadi “Kota Kinabalu” .   Selama ini, teori umum yang paling dipercayai oleh ban...