Sabtu, 6 Mei 2017

YB Datuk Anita Baranting rasmi kaamatan KRT Kg. Radu.

KOTA MARUDU - Kerajaan tidak menghalang rakyat di negara ini merayakan perayaan kaum masing-masing. Malah kerajaan mengiktirafkan perayaan-perayaan tersebut dengan mengadakan cuti umum agar perayaan tersebut dapat di sambut oleh masyaraka. Seperti di Sabah, Pesta Kaamatan bukan saja di sambut oleh masyarakat Kadazan Dusun, malah turut di sambut oleh semua lapisan masyarakat. Pesta Kaamatan juga merupakan salah satu produk pelancongan. Dan ini salah satu pengiktirafan kerajaan kepada masyarakat Kadazan Dusun. Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, YB Datuk Anita Baranting berkata demikian sempena merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat KRT Kg. Radu baru-baru ini.

Beliau yang juga ADUN Tandek menyeru kepada ibu bapa  agar dapat memberikan pendidikan sepenuhnya kepada anak-anak, agar dapat mertabatkan serta menaik taraf kehidupan  keluarga khususnya dan  bangsa Dusun amnya, agar bangsa Dusun berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain. Dengan pendidikan juga kehidupan keluarga dapat diubah. Beliau mengucapkan tahniah kepada penduduk kampung Radu, kerana melahirkan ramai graduan yang berjaya sehingga ada yang telah berjaya menjawat jawatan bertaraf profesional, seperti pegawai, pengetua, guru besar dan profesion lainnya. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Persatuan Keluarga Kilas kerana memelihara khazanah peninggalan nenek moyang dengan alunan paluan gong tradisi suku kaum Dusun Pongopuyan. Beliau berharap persatuan ini memberi pendedahan kepada generasi muda, agar irama gong tradisi dapat di teruskan ke generasi akan datang. Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan berupa mesin rumput kepada Belia Kg. Radu, yang diwakili oleh Pengerusi Badan JKKK Radu Darat Johnny Ungganon.

Pada majlis itu, Jennifer Wong menjuarai Pertandingan Unduk Ngadau, manakala naib johan disandang oleh Christy Lee Mei Ling  dan Airin Saninthia Sanin ditempat yang ketiga. Pada acara Pertandingan Sugandoi, Berthilda Clement merangkul juara dan penerima anugerah vokal terbaik. Naib johan di sandang oleh Aldy Ekol dan Brandon Bijot di tempat yang ketiga. Penerima anugerah persembahan terbaik disandang





oleh Airin Saninthia Sanin.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut Ketua Kampung Radu KK Dasilin Kansulat, Pengerusi KRT James Kundapit, Timbalan Pengerusi KRT Wishlee Tiliban, Mantan Pengerusi KRT Morris Kundapit, Pengerusi JKKK Radu Darat Johnny Ungganon, Pengerusi JKKK Radu Laut Majunting Milundun, Ketua Cawangan UMNO Aem Karobong dan Timbalan Ketua Cawangan PBS Radu Pengkalan Yamit Kundahal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dusunology 2021

“Kinabalu” : Penempatan Dusun kuno yang kini menjadi “Kota Kinabalu” .   Selama ini, teori umum yang paling dipercayai oleh ban...