“Kinabalu” : Penempatan Dusun kuno yang kini menjadi “Kota Kinabalu”.
Selama ini, teori umum yang paling dipercayai oleh banyak orang adalah nama terawal Kota Kinabalu adalah “Api-Api”. Admin juga mempercayai teori ini, berdasarkan dari peta tertua yang pernah dilakar dan sumber sejarah mengenai rekod “Api-Api”, iaitu telah direkod seawal tahun 1635 M yang dilokasikan di sekitar lokasi Kota Kinabalu. Beberapa tahun lalu, admin pernah menuliskan juga tentang peradaban Dusun kuno di Tuaran yang mula direkodkan sekitar abad-7 M. Peradaban Dusun kuno ini admin kaitkan dengan “Cancirao”, yang direkodkan di dalam peta tua Petrus Plancius di tahun 1594. Tetapi beberapa paper yang admin baca nampaknya menolak pandangan lama admin bahwa “Tawaran” merujuk kepada “Cancirao”. Seorang historian bernama Jan B. telah merekodkan penempatan-penempatan kuno di Borneo pada abad-16 dan 17 menggunakan sumber-sumber kaum pengembara Eropah di zaman penjelajahan dan kolonialisme. Bukti definitif daripada lokasi geografi yang beliau rekodkan, bahwa Tawaran bukanlah Cancirao.
Di dalam peta geografi Jan B., beliau melokasikan Cancirao di kawasan Kota Kinabalu, sementara Tuaran di lokasi Tuaran hari ini. Menurutnya, penempatan “Cancirao” terawal direkod pada tahun 1558, sementara penempatan Tuaran dicatatkan oleh penjelajah Eropah pada tahun 1537. Tetapi pengembara Arab sudah merekodkan penempatan Dusun kuno bernama “Tawaran”, pada tahun 800 M. Di dalam tulisan pengembara Arab tersebut, kaum Dusun di Tawaran telah bersekutu dengan sekutu mereka dari Filipina berperang melawan pasukan Dinasti Tang yang ketika itu cuba menjajah kota-kota perdagangan penting di Sabah dan Filipina. Kerana penulis Arab itu menuliskan kitabnya pada tahun 800 M, maka pasukan Dusun kuno berperang dan mengusir pasukan Dinasti Tang dari Kota Tawaran sebelum tahun 800 M. Yang menariknya, di dalam tulisan pengembara Arab tersebut juga disebutkan bahwa, kerajaan “Miyad” (Kerajaan kuno di Filipina) yang bersekutu dengan kerajaan Dusun kuno (Kerajaan Mujja) untuk menentang Dinasti Tang, merupakan jajahan Kerajaan Muja (juga disebut Kerajaan Vijayapura). Kembali ke topik “Cancirao”, jikalau penempatan “Cancirao” yang dilokasikan di Kota Kinabalu direkodkan pada tahun 1558, maka Api-Api bukanlah nama asli ibu kota Sabah, tetapi “Cancirao” (Kinabalu); mari kita lihat hujah-hujahnya :
1. Cancirao direkodkan seawal tahun 1558, sementara rekod paling awal mengenai penggunaan kata “Api-Api” adalah pada tahun 1635. Maka nama Kota Kinabalu yang terawal adalah “Cancirao”.
2. Kata “Cancirao” dikaitkan secara kognat dengan istilah yang hampir mirip di dalam Epik Ramayana, di mana historian seperti Moens mengaitkan istilah itu dengan Gunung Kinabalu. Rekod mengenai Gunung Kinabalu adalah tahun 150 M, berdasarkan daripada peta lakaran Ptolemy (seorang ilmuan tersohor Empayar Rom). Maka istilah "Cancirao" yang dikaitkan dengan nama Gunung Kinabalu adalah merujuk kepada "Kinabalu" yang terletak di pesisir Sabah.
3. “Cancirao” adalah penyebutan Latin untuk “Kinabalu”, menurut penyebutan lidah mereka.
4. Peta-peta kuno seperti peta Plancius (1594), Wright (1601), Sanson (1654), Mariette (1667), Morden (1668) dan Mallet (1683), melokasikan Cancirao (juga disebut Canciram, Canciaro dan Cancerao) di kawasan yang jauh dari “Bacafa” (Bisaya, Klias), di lokasi di sekitar Kota Kinabalu. Peta yang lebih jelas dari Plancius (1594), Wright (1601), Sanson (1654) dan Mariette (1667) menunjukkan lokasi Cancirao di kawasan yang memiliki tanjung, di hadapan gugusan pulau, dan tidak jauh di atasnya sebuah teluk. Lokasi geografi seperti ini hanya sesuai dengan lokasi geografikal Kota Kinabalu pada hari ini, iaitu : (1) berada di hadapan gugusan Pulau seperti Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug; (2) di penghujung Kota Kinabalu terdapat tanjung, iaitu Tanjung Lipat; (2) di kawasan setelah Tanjung Lipat ada Teluk yang besar, iaitu Teluk Likas yang menganjur sampai ke Teluk Sepanggar. Ciri-ciri geografikal peta untuk lokasi Cancirao, hanya dapat dipenuhi oleh lokasi hari ini dikenali sebagai Kota Kinabalu.
Istilah Cancirao (Kinabalu), menujukkan bahwa kota lama di pesisir Sabah terebut dinamakan dan diasaskan oleh kaum Dusun. Di dalam catatan zaman kolonial, banyak tempat-tempat di pesisir Sabah pada awalnya berasal dari istilah Dusunik, misalnya di dalam catatan S.E. Darymple pada tahun 1885 : (1) Tanjung Liadan : Dusun = “Pangalat” atau “Kalat”; (2) Tanjung Aru : Dusun = “Torongo”; (3) Pulau Gaya : Dusun = Gayoh. Apakah kemunculan Cancirao pada tahun 1558 di lokasi yang hari ini adalah Kota Kinabalu berkaitan dengan kejatuhan penempatan Dusun kuno di Tuaran yang disebut Indai? Ini kerana, penempatan Tuaran direkodkan pada tahun 1537, kemudian pada tahun 1558 nama Cancirao (Kinabalu) muncul. Setelah tahun 1558, semua peta iaitu peta lakaran di tahun 1594, 1596, 1601, 1602, 1619, 1654, 1667, 1683, 1687 dan 1688, tidak memuatkan nama Tuaran, tetapi hanya Cancirao (Kinabalu) dan Bacaya (Kota Bisaya di Klias), sebagai dua kota penting di Pantai Barat Sabah di sepanjang tahun 1500-1600an. Apakah ini ada kaitan dengan cerita legenda perang antara Dusun Bongawan dan Dusun Indai?
Ini kerana, menurut cerita legenda ini, kaum Dusun Bongawan bertanggungjawab menyebabkan penempatan Dusun kuno yang dinamakan Indai di Tuaran, sebuah penempatan kaya raya dan memiliki ribuan penduduk, ditinggalkan. Menurut cerita legenda itu, kaum Dusun Bongawan menyerang menggunakan “sindaat”, yang menyebabkan ratusan orang mati, menyebabkan ribuan orang Dusun Indai keluar berhijrah ke Nunuk Ragang, Kadamaian (Kota Belud), Tambunan dan Keningau. Cerita mengenai serangan sindaat ini pastinya metafora, ia sebenarnya merujuk kepada perang fizikal. Dijumpai timbunan harta karun berupa senjata dan perisai kuno di kawasan Indai, kemungkinan artifak peninggalan kaum Dusun Indai. Dcatatan sejarah kuno penulis Arab dan Persia, “Tawaran” (Tawaran dalam bahasa Dusun bererti jagung dan ubi kayu) merupakan penempatan utama Dusun di Pantai Barat Sabah sejak abad-7/8 M, sebagai pelabuhan untuk perdagangan camphor. Kota perdagangan ini sangat kaya di zaman tersebut. Maka tidak menghairankan kalau di dalam cerita legenda Indai, disebutkan bahwa kaum Dusun di zaman itu sangat kaya, sehingga mereka membuat peralatan dapur seperti rilibu dan senduk daripada “bulawan” (emas) – Dusunology, 27 Mac 2021.